Saturday, March 12, 2011

KIMBA

salam,,semoga anda sehat,kaya da,berjaya,bahagia dab dapt keberkatan dari ALLAH,,


hari nie cita kisah KIMBA..SIAPA kiimba NIE??mari kita tgok....






Seluruh wilayah di Afrika Selatan pada ketika itu amat mengenali bomoh hujan bernama Kimba, kerana setiap kali berlaku kemarau, pasti bomoh besar ini mampu memanggil hujan dengan sejenis tarian tradisi yang diketuai oleh bomoh Kimba ini. Selama lebih 100 tahun dia hidup dan dia tidak pernah sekali pun dia gagal untuk memanggil hujan dan orang asli di wilayahnya telah mendewa-dewakan Kimba di atas keajaibannya. Sehinggalah dia mati, tidak ada sesiapa pun yang dapat menandinginya.

Anda tahu tak kenapa bomoh Kimba ini tidak pernah ada rekod gagal di dalam memanggil hujan? Siapa ingin tahu? Angkat tangan sekarang dan katakan “Saya ingin tahu!”.

Apakah rahsia sebenar Kimba?

Sebab utama kenapa bomoh Kimba ini tidak pernah gagal di dalam menjalankan tugasnya di dalam memanggil hujan ialah kerana apabila berlaku kemarau, Kimba akan dipanggil untuk mengetuai satu jenis tarian tradisi dan Kimba akan membuat tariannya terus menerus tanpa henti, berhari-hari, berminggu-minggu atau berbulan-bulan, tanpa henti menari sehinggalah hujan turun. 

Sebab itu, seluruh kerabat orang asli di wilayah itu percaya yang Kimba hebat dan mampu memanggil hujan. Sebenarnya, Kimba sendiri pun tidak tahu bagaimana untuk memanggil hujan tetapi dia pasti yang selagi hujan belum turun, dia tidak berputus-asa dan perlu terus-menerus menari mungkin sehari, seminggu atau berbulan-bulan sehingga hujan turun,. Adakah Kimba hebat? Tidak saudara-saudari, sebenarnya rahsia kejayaan bomoh ini adalah kerana dia akan terus-menerus menari sehingga hujan turun.

Bukankah kita sendiri perlu ada sikap yang sama? Dalam banyak situasi, ramai orang mudah menyerah kalah atau berputus asa di dalam melakukan sesuatu. Sikap daya juang yang tinggi amat penting di dalam apa sahaja bidang yang kita ceburi, jangan mudah mengalah, ibarat Kimba tadi, anda perlulah sanggup untuk melakukan sesuatu itu dengan cubaan seberapa banyak yang diperlukan sehingga anda berjaya dan jangan mudah mengalah atau berputus asa.

Ramai di antara kita yang “lembik”, lembik dari segi sikap dan ketahanan mental serta hati untuk mengharungi kesusahan untuk mencapai kejayaan terutamanya di dalam merealisasikan azam tahun baru kita. Setengah tu dahlah ketahanan mental dan jiwa yang "lembik" tetapi "hati busuk" dengan kejayaan orang lain. Kerja sibuk hal orang lain sehingga terlupa diri sendiri pun banyak perkara perlu diperbaiki.

p/S:TOK KIM KIMBA JGK<<HAHA

No comments:

Post a Comment